Affiliate Portal

⚠️ Terma dan Syarat Affiliate

Program Affiliate Mahligai Cinta

1. Kelayakan Penyertaan

  • Program ini terbuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendaftaran mesti menggunakan maklumat yang sah dan tepat.
  • Mahligai Cinta berhak menolak atau membatalkan akaun tanpa notis jika terdapat penyalahgunaan.

2. Struktur Affiliate

  • Affiliate akan diberikan link unik (tracking link) untuk setiap produk.
  • Semua jualan akan direkod berdasarkan link affiliate tersebut.
  • Affiliate hanya layak menerima komisen jika transaksi berjaya direkod dalam sistem.

3. Komisen & Pembayaran

Kadar komisen adalah berbeza mengikut:

  • jenis produk (digital / fizikal / servis vendor)
  • tier affiliate

Komisen hanya dikira untuk:

  • pembayaran yang berjaya
  • tidak dibatalkan / tidak refund

Pembayaran komisen:

  • dibuat secara bulanan / berkala
  • tertakluk kepada minimum payout (minimum : RM100)

*Mahligai Cinta berhak menahan bayaran jika terdapat aktiviti mencurigakan.

4. Polisi Refund & Pembatalan

  • Jika pelanggan membuat refund:
    → komisen affiliate akan dibatalkan atau ditolak
  • Jika berlaku dispute:
    → keputusan pihak Mahligai Cinta adalah muktamad

5. Kaedah Promosi Yang Dibenarkan

Affiliate dibenarkan mempromosikan produk melalui:

  • media sosial (Tiktok, Instagram, Threads, Facebook)
  • website / blog
  • WhatsApp / Telegram
  • content marketing (video, reels, dll)

Affiliate TIDAK DIBENARKAN:

  • spam (DM, email, komen secara berlebihan)
  • menggunakan iklan mengelirukan / scam
  • claim palsu tentang produk
  • menyamar sebagai pihak rasmi Mahligai Cinta

6. Polisi Penggunaan Brand

Affiliate dibenarkan menggunakan:

  • nama Mahligai Cinta
  • bahan promosi yang disediakan

Affiliate tidak dibenarkan:

  • mengubah branding secara ekstrem
  • membuat kenyataan yang menjejaskan reputasi

7. Akaun & Penamatan

  • Akaun boleh ditamatkan jika:
    → melanggar terma
    → terlibat dalam fraud / manipulasi sistem
  • Semua komisen tertangguh boleh dibatalkan jika pelanggaran serius berlaku.

8. Perubahan Terma

  • Mahligai Cinta berhak mengubah terma & syarat pada bila-bila masa.
  • Affiliate akan dimaklumkan melalui platform / email.
Please login first, to see Affiliate Account page.
Login